Kelas ICT – Microsoft Office Excel

3 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Jun 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas ICT – Microsoft Office Excel. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunakan Microsoft Office Excel. Di awal kelas, mereka di berikan penerangan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Excel.

Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk membuat petak di dalam Microsoft Office Excel, memasukan teks dan juga memasukan warna di dalam petak di dalam Microsoft Office Excel. Selain itu, mereka juga telah diberikan latihan dalam membuat jadual dengan menggunakan Microsoft Office Excel. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami cara untuk menggunakan Microsoft Office Excel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali